Friday, 27 December 2013

*~* CHOCOLATE MOIST CAKE FROM HEAVEN *~*

Assalamualaikum semua :)

Kita bertemu kembali :) Resepi pertama saya nak kongsi hari ini ialah KEK COKLAT MOIST !!! 

***ni contoh Kek Coklat Moist yang telah siap sempena  Hari Lahir yang tersayang hehe <3***

Saya dah buat banyak kali dan ia sangat sedap !!! :D Kek nie boleh dibuat sempena Hari Lahir , Anniversary dan sebagainya !!! Boleh juga dibuat dalam bentuk cupcake :)

BAHAN-BAHAN :


KEK
190 g - mentega (saya prefer BUTTERCUP)
330 g - gula castor
4biji   - telur (better gred A)
250 g - tepung gandum (nak texture yg lebih halus, guna tepung cap SAUH dan ayak dahulu)
250ml - air sejuk
1camt - baking powder
50 g   - serbuk koko
1/2camt - serbuk sodda bikarbonat
1/2camt - garam
1 camt - esen vanila

PUDGE COKLAT
50 g    - koko
125ml - air
1/2tin   - susu cair
200 g  - gula
1camt - garam
1camt - esen vanila
2biji    - kuning telur
60 g    - tepung jagung
60 g    - mentega

CARA MEMBUAT :

KEK
1. Mula2, pukul mentega dan gula dengan kelajuan maximum sehingga kembang (kira-kira 3-5minit).
2. Kemudian masukkan telur satu per satu dan pukul lagi (dalam 3minit) sehingga kembang.
3. Seterusnya, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sehingga mesra.
4. Masukkan air dan pukul rata (tidak perlu lama).
5. Akhir sekali, masukkan baking powder, serbuk koko, soda bikarbonat, garam & esen vanilla dan pukul sebati.

SIAP ! Panaskan oven kepada 180'C
Cupcake : 15-25 minit
Cake : 45-60 minit
atau sehingga masak :)

PUDGE COKLAT (Double Boiler)
1. Masukkan semua bahan KECUALI mentega ke dalam double boiler dan kacau *TANPA HENTI hingga pekat.
2. Setelah pekat, tutupkan api dan masukkan **mentega dan kacau sehingga mentega cair.
*kalau berhenti kacau, pudge coklat akan berketul dan lapisan bawah coklat akan hangus.
**mentega bertujuan mengilatkan coklat dan menyebatikan rasa coklat :)

#setelah siap, tuang coklat yang telah sejuk keatas kek dan bolehlah dihias dengan coklat rice atau strawberry mengikut kreativiti masing-masing :)
Kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan, boleh tanya di ruangan komen :)

Selamat mencuba !!! :D

No comments:

Post a Comment