Okay harini saya teringin pulak nak makan PUDING LAPIS sebagai 'Dessert' :3..
Emm sedapnya.. Dah terliur dah saya ni hehe.. Maklumlah, dah lama tak makan :( Resepi ni sangat sedap tapi agak leceh untuk menyediakannya dan memerlukan modal yang agak mahal huhu.. Walaupun begitu, tak rugi buat puding ini kerana rasanya amat sedap dan menyegarkan.. :D Belum try, belum tahu ~ :)
BAHAN-BAHAN :
2paket - Jelly instant (saya selalu guna brand NONA perisa strawberry/mangga/peach)
1litter - susu segar rendah lemak (saya prefer brand HL sebab rasanya lebih sedap hehe)
8camb - tepung kastard (brand BIRD'S untuk rasa yang lebih berkrim)
1cawan - gula kastor (atau secukup rasa)
1camt - esen vanilla
Whip Cream (saya guna jenama WHIP lebih menjimatkan kos)
1tin - buah pic (jenama AYAM BRAND lebih murah) / buah campuran dalam tin
LAPISAN 1 : Jelly1. Bancuhkan jelli yang boleh didapati di pasaran dengan pelbagai perisa. Ikut arrahan pengeluar dan tuangkan dalam bekas (lebih baik menggunakan tupperware saiz sederhana kecil supaya mudah dihidang).
2. Sejukkan.
#gambar disebelah ialah jumlah puding diperoleh dengan satu adunan.
LAPISAN 2 : Custard
1. Masukkan susu segar, tepung kastard, gula kastor dan esen vanilla ke dalam periuk dan kacau *TANPA HENTI dengan api yang kecil sehingga likat.
2. Setelah cukup pekat, sejukkan dan tung ke atas jelli td sebanyak 3/4 bekas.
*kalau tidak, custard akan berketul.
LAPISAN 3 : Whip Cream
1. Pukul ia dengan kelajuan maximum sehingga gebu (kalau guna krim yang dalam kotak)2. Buat satu lapisan di atas custard tadi.
LAPISAN 4 : Buah-buahan
1. Basuh tin sebelum buka.
2. Potong buah pic kecil-kecil dan tabur di atas whip krim tadi.
3. Masukkan ke dalam peti ais.
SIAP !!! Ia sedia dihidang :D
#bagi sesiapa yang kurang yakin atau nak cuba dahulu, boleh buat 1/2 kuantiti setiap bahan :) Ada masalah atau pertanyaan ? Sila tinggalkan di ruangan komen :)
***semua gambar-gambar ialah gambar sebenar yang saya buat sendiri :)***
Selamat makan !! Ehh silap, Selamat mencuba !!! :D




No comments:
Post a Comment